Adat istiadat, warisan turun-temurun perlu dijaga, dikekalkan. –


JAHID Dan Joniston bersama para pemimpin adat di sekitar Tamparuli menyaksikan upacara penyembelihan kerbau sebelum kerja-kerja pembersihan kuburan dilaksanakan.

TAMPARULI: Adat istiadat dan warisan turun-temurun perlu dijaga dan dikekalkan untuk diwarisi generasi akan datang.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, budaya peninggalan nenek moyang harus dikekalkan agar tidak hilang ditelan zaman.

“Budaya yang baik dan sesuai dengan cara hidup haruslah kita kekalkan bersama demi peninggalan kita pada golongan belia masa kini dan suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program Upacara Sogit Spiritual Kampung Kauluan Tamparuli, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik KPLBS, Jilias Lintar, Ketua Daerah Jular Harung, Ketua Anak Negeri (KAN) Robert Ugau dan KAN Rony Sundang.

Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli turut menghargai usaha para pemimpin adat dan penduduk kampung kerana saling bekerjasama bagi merealisasikan hasrat mereka bagi menjalankan adat istiadat berkenaan.

“Tahniah kerana muafakat kita telah dicapai dan persefahaman itu telah menjadikan upacara hari ini telah menjadi kenyataan demi kebaikan semua penduduk,” katanya.

Beliau juga menyarankan kepada para pemegang adat di mana-mana kampung sekiranya mempunyai isu adat seumpama itu boleh terus berhubung dengan Mahkamah Anak Negeri (MAN) agar mereka juga boleh membantu.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, berkata, penduduk harus sentiasa saling bersatu kerana kekuatan sesebuah kampung adalah bergantung kepada kesatuan dan semangat bekerjasama penduduknya.

Terdahulu, Ketua Kampung Kg Kauluan, KK Lisad Unoh, berkata, dengan terlaksananya Sogit itu hari ini, maka penduduk kini dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan, termasuklah menyimen kubur, dengan harapan semuanya terhindar dari sebarang malapetaka.

Selepas sahaja upacara penyembelihan kerbau selesai, penduduk menjalankan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan perkuburan tersebut.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *