ADUN Tulid, Flovia Ng turun padang –


Flovia (tiga far kiri) meninjau kawasan cadangan pemasangan culvert di jalan Marapok.

KENINGAU : Walaupun dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid Flovia Ng terus menjalankan tanggungjawabnya dengan mengadakan lawatan kerja di kawasan yang diwakilinya.

Hari ini Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat itu meluangkan hujung minggu untuk melawat kawasan.

Flovia (tiga dari kiri) menyampaikan zink kepada Emmanuel.

Pada hari ini beliau telah mengunjungi keluarga Emmanuel Sainto mangsa kebakaran di Kampung Marapok dan sekali gus menyampaikan zink bagi membolehkan keluarga itu membina rumah semula.

Selain itu Flovia turut meninjau cadangan pembinaan culvert di jalan Marapok.

Pada hari yang sama Flovia menziarahi Shakri Maning dan isterinya yang masing-masing mengalami penyakit kronik di Lot Perumahan Kampung Pagalungan Ansip.

Flovia (kiri) bersama rombongan memberikan kata-kata semangat kepada Shakri dan isterinya.

Dalam ziarah itu, Flovia memberikan kata-kata semangat kepada Shakri yang diserang angin ahmar dan isterinya yang mengidap jantung berlobang.

Pada masa sama Flovia berkata, Kementeriannya akan berusaha membantu keluarga Shakri.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *