Hendrus Anding ziarah Jongmy Jibi yang sedang terlantar sakit. –


Hendrus Anding ( empat, kiri) ketika menziarahi Jongmy Jibi (baring).

KOTA MARUDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding ( empat, kiri) menzahirkan rasa simpati kepada Jongmy Jibi (baring) yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Kadazan Dusun Community Association (KDCA) daerah Kota Marudu. Beliau menghidap penyakit Kuman Taun.

Hendrus yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, mewakili Ketua Penyelaras KDCA daerah Kota Marudu Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili melawat dan menyampaikan sumbangan agar sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kewangan bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Jongmy, beliau yang sekian lamanya menghidap penyakit ini pada bahagian kaki kiri, sehingga terpaksa dipotong demi mengelakkan kuman terus merebak ke bahagian anggota badan lain.

Sebelum ini Jongmy ditahan di wad di hospital dan kini berada dalam keadaan stabil dan berada dirumahnya, di kampung Batition, Tandek.

Turut hadir ialah Setiausaha Sulit kepada Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (HESS), Julita Dalinsi dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Marudu, Mariani Majinau, AJk Penyelaras KDCA Daerah Kota Marudu dan AJK Bahagian PBS N.7 Tandek.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *