KETUA MENTERI PULIH DARI COVID 19, DIBENAR KELUAR WAD –


Hajiji bersama isteri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang telah pulih daripada Covid-19, dibenarkan keluar dari Wad Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, pagi tadi.

Turut dibenarkan pulang ialah isteri beliau, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag.

Hajiji yang bimbang dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sabah berkata, Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak itu.

SYUKUR… Hajiji (tengah) ketika keluar dari Wad Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, pagi tadi.

“Yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan”, katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Hospital QEH 1, Dr. William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Dr. Lee Heng Gee, doktor-doktor pakar dan para jururawat yang telah merawatnya dan isteri.

Hajijj turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua khusunya mereka yang sentiasa berdoa untuk kesembuhan dan kesihatan beliau dan juga para petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membendung penularan wabak Covid-19.

-End.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *