Lebih 20,000 bungkusan Barma telah disalurkan kepada penduduk daerah Ranau. –


Jonathan Yasin

 
RANAU: Lebih 20,000 bungkusan bantuan makanan (Barma) telah disalurkan kepada penduduk di daerah ini melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau sejak bulan Mac hingga Disember 2020.
 
Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri, Jonathan Yasin memberitahu, sebanyak 22,575 Barma telah disalurkan kepada para penduduk di daerah ini sepanjang tahun lalu.
 
Dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua baru-baru ini, katanya, pengagihan Barma juga diteruskan, dengan penghantaran lebih 4,000 bungkusan untuk Januari tahun ini sahaja.
 
Menurutnya, pada fasa PKP yang pertama tahun lalu, sebanyak 9,549 Barma telah diagihkan kepada golongan sasar melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, manakala untuk PKP 2.0, seramai 17,900 Ketua Isi Rumah (KIR) sudah dan akan menerima bantuan ini.

Krew Barma dengan pakaian PPE mengagihkan bantuan ke kampung yang sebelum ini pernah dikategorikan di bawah PKPD

 
“Ini bermakna, sebanyak 27,449 Barma telah diagihkan setakat ini. Selain daripada itu, kita menjangkakan rentetan dari masalah global pandemic ini akan berlarutan untuk masa-masa yang mendatang, justeru saluran Barma juga akan diteruskan.
 
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin tekun dalam memastikan tiada rakyat, terutama sekali golongan yang memerlukan, tercicir dari menerima bantuan yang sepatutnya dari pihak berkuasa.
 
“Oleh itu, kita mahu supaya rakyat, khususnya penduduk di daerah ini agar terus bersabar dalam menghadapi saat-saat getir ini di mana kita berlawan dengan pandemic yang begitu sukar dikalahkan,” jelas beliau.
 
Justeru, Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, menggesa semua pihak untuk terus berusaha dengan sungguh untuk mematahkan penularan virus Covid 19 di dalam masyarakat dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.
 
Berkenaan Barma, beliau mengatakan ada juga KIR tertentu yang tidak akan menerima bantuan pada fasa kedua kerana mereka sudah menerima bantuan dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), terutama mereka yang menjalani karantin wajib dan mereka yang menerima bantuan makanan dari mereka UPPM masing-masing, atau kerana mereka telah mendapat bantuan lain seperti Bantuan Sara Hidup.

Sementara itu, beliau berterimakasih kepada semua petugas barisan hadapan yang tetap tekun dalam tugasan harian mereka berhadapan dengan ancaman pandemic yang melanda seluruh dunia ketika ini.
 
Selain itu, Jonathan turut berterimakasih kepada para petugas Barma yang terdiri daripada para kakitangan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dan juga individu-individu sukarelawan yang dengan gigih dan berani, mengagihkan bantuan tersebut ke setiap pelusuk daerah ini.
 
Krew Barma terdiri daripada para Pegawai dan Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau (PPPR), Julubin Harun, Amilin Baranting, Zita Fedilis, Pehing Chong, Jaharin Angku, Moris Majangki, Primus Gahun dan Tingsu Ganang dan Krew Sukarelawan yang terdiri daripada Pengurus yang juga merupakan Ketua PPPR, Benedict Gunda, Pegawai Pehubungan, Louis Sinti, Setiausaha Sullit Jonathan, Lajim Abd Momen, Setiausaha Kanan Pejabat Parlimen Ranau, Suzi Munyan dan juga Missy Sambulang
 
Jonathan mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada sukarelawan Barma lain seperti Cikgu Salleh, Parliamentary Mukim Developers Aoziah and Yami, Masidi, Mahat, Jimaili, Donny, Patricia, Dominik, Evan Fadzuan, Ricky, Endy, Jerry, Asqarean, Jaslin, Kamlee, Kamree, Jaulin harun dan Helmi Ann.
 



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *