Panggung wayang, pusat refleksologi dan dandanan rambut dibenar beroperasi semula di Sabah


Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini membenarkan panggung wayang dan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan termasuk pusat refleksologi beroperasi semula.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) secara berperingkat di Sabah.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Gambar Fail SNT

“Waktu operasi perniagaan hendaklah dijalankan seperti biasa tertakluk kepada Standard Operating Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Yang Berwajib,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.

Untuk Perkhidmatan Kecantikan dan Kesihatan ianya termasuk aktiviti Solekan dan Rawatan Rambut, Dandanan Rambut, Manicure dan Pedicure, Cuci dan Rawatan Muka, Cukur Jambang dan Misai serta Refleksologi dan Urut.

Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Negeri mengingatkan rakyat di negeri ini untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menggunakan hand sanitiser dalam semua urusan dan aktiviti yang dibenarkan untuk memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti bagi membendung penularan Covid-19.-SabahNewsToday





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *