Pelajar lanjut pengajian di IPT terima sumbangan kewangan ADUN Bingkor –


KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menghulurkan sambungan kewangan kepada adik  Ermeh Marin yang  akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi ( IPT).

Adik Ermeh mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pendidikan Jasmani ) dengan kepujian.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor merangkap Ketua Biro Agama Islam DUN N.40 Bingkor Hj. Yazid  Hj.Mohd Hasnan Tawik @Charles mewakili  Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Robert mengucapkan Tahniah kepada adik Ermeh diatas kejayaannya ditawarkan ke Institut Pengajiann Tinggi.

Beliau berharap adik Ermah dapat memfokuskan dan mengikuti program  pengajiannya dengan jaya dan memperolehi kelulusan yang cemerlang.

Sementara itu, Marin Talamat, ayah adik Ermeh mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada Robert  atas keprihatinan dan bermurah hati menghulurkan sumbangan tersebut.

“Dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah membantu meringankan bebanan perjalanan dan pengurusan semasa pendaftaran anak saya di UPSI.

Sudah tentu sumbangan itu amat bermakna kepada kami sekeluarga khususnya anak saya Ermah” jelas Marin yang mengiringi anaknya semasa menerima sumbangan itu.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *