Perbanyakkan bekalan vaksin Covid-19 di kawasan Pedalaman: Robert Tawik –


Robert semasa melawat di PPV Dewan Masyarakat Keningau.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin meminta supaya lebih banyak bekalan vaksin Covid-19 di kawasan Pedalaman.

Katanya, selain itu pendaftaran secara manual juga perlu diperluaskan di kawasan Pedalaman terutama kampung-kampung terpencil yang tiada rangkaian internet.

Ini katanya, kerana penduduk di kampung yang tidak mempunyai rangkaian internet sukar mengakses dan mendaftar untuk mendapatkan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, kesedaran penduduk kampung tentang kebaikan vaksin Covid-19 semakin meningkat.

Robert (tengah)bersama rombongan semasa melawat PPV di Dewan Masyarakat Bingkor.

Katanya, walaupun terdapat golongan yang belum bersedia menerima vaksin tetapi bilangan mereka tidak ramai.

“Ini terbukti dengan kehadiran mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)” katanya kepada media semasa mengadakan lawatan bersama Timbalan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Norali Awang Damit ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bingkor hari ini.

Turut sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi MKN Sabah Assistant Commissioner Shahrir Daud dan Pegawai Kesihatan Keningau Dr. Mohd Norhaizam Ahmad Narawi.

Pada hari yang sama Robert bersama rombongan melawat PPV Dewan Masyarakat Keningau.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *