PKR INANAM MASIH KUKUH – Dari Kita Untuk Semua


KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Inanam masih kukuh walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka sebelum ini, Kenny Chua telah dipecat selepas berpaling tadah menyokong bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman.

Pemimpin pembangunan masyarakat (PPM) Inanam, Abdul Latif Mopuas, hari ini, menyatakan UPPM Inanam masih kekal menyokong kepimpinan PKR.

“Tindakan Kenny yang meninggalkan parti untuk menyertai kumpulan Tan Sri Musa Aman sama sekali tidak menjejaskan PKR Inanam.

“Selanjutnya kami juga berpendirian bahawa kami sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai ketua menteri Sabah dalam kerajaan yang akan dibentuk nanti,” katanya dalam satu sidang hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Parti PKR Sabah, Mustapha Sakmud berkata, keputusan PKR Inanam telah memutuskan kerjasama dengan Kenny susulan pemecatannya oleh lembaga disiplin parti, Khamis lalu.

“Untuk makluman lembaga disiplin parti sudah memecat Kenny Chua dan kami ingin mengingatkan kepada semua ahli-ahli parti supaya tidak lagi bekerjasama dengan beliau, sebagai kawan ya.

“Tetapi kita bakal menghadapi pilihan raya, kita mahu pastikan ahli-ahli parti menyokong PKR serta semua calon-calon dan kita tidak benarkan mana-mana ahli yang masih lagi bersekongkokol yang jelas mengkhianati agenda reformasi parti ini, kita mahu agar semua jelas tentang perkara ini,” katanya.

Sidang media itu tadi dibuat selepas menghadiri perjumpaan bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dan penyokong akar umbi di Dreamtel Hotel, di sini, hari ini.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *