SELAMAT DATANG…Ketibaan Jonathan dan rombongan disambut mesra penduduk diketui Hasri (dua kanan).
RANAU: Warga Kg.Kironggu terletak 14 kilometer dari pekan di sini, memuji dan bangga dengan komitmen Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin kerana tidak jemu untuk sentiasa ‘Turun Padang’ bagi mengenalpasti keperluan rakyat akar umbi khususnya kawasan Parlimen Ranau.
Wakil penduduk Kg.Kironggu, Hasri Dait berkata, keprihatinan wakil rakyat seperti Jonathan amat disanjung dan perlu dihargai kerana banyak memberi bantuan dan sumbangan terhadap keperluan rakyat tanpa mengira suku kaum, agama dan fahaman politik.
“Pemimpin yang prihatin dengan rakyat itulah yang kita kehendaki”, tegas Hasri mewakili penduduk menghargai kehadiran Jonathan ke Kg.Kironggu baru-baru ini.
Sementara itu, dalam ucapan Jonathan memuji kesediaan penduduk menerima kehadirannya bersama rombongan ke kampung itu untuk berkenal mesra dengan penduduk disamping meninjau keperluan penduduk seterusnya menyalurkan bantuan terutama membiayai kos projek-projek kecil.
“Kerajaan serius akan membantu mengikut keutamaan dan keperluan mendesak penduduk”, jelas Jonathan sambil meluluskan peruntukan berjumlah RM20 ribu untuk kebajikan penduduk Kg. Kironggu.
Menyentuh permohonan penduduk untuk mendapatkan bangunan Surau di kampung itu, Jonathan akan menyediakan peruntukan sebaik sahaja kertas kerja dikemukakan pihak pejabat Daerah Ranau.
Hadir sama ialah Hussin Jirat, Setiausaha Sulit Kanan(SUSK) kepada Jonathan.