TABIK’ KERJASAMA UMS DAN KOMUNITI DALAM PEMULIHARAAN BUDAYA DAN ALAM SEKITAR UNTUK PEMBANGUNAN KOMUNITI –


OLEH:
Dr. Jurry Foo1 (Ketua Penyelidik/ Rakan strategik BDB),
Dr. Intan Solihah Ibrahim1, Pn. Zuraidah Jamrin2 dan Dr. Kee Y Sabariah Kee Yusof1
1Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
2Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah. (jurryfm@ums.edu.my)

▪︎

Taman Budaya dan Inovasi Kundasang (TABIK) adalah projek penyelidikan akar umbi antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan komuniti melalui penyelidikan yang berasaskan pemindahan pengetahuan dan kemahiran selaras dengan peranan UMS sebagai universiti rakyat yang sentiasa prihatin dengan kesejahteraan hidup komuniti.

TABIK adalah inisiatif UMS membimbing komuniti dalam mencapai matlamat membangunakan sosio-ekonomi komuniti melalui pemanfaatan warisan budaya dan persekitaran semulajadi yang dikendalikan oleh komuniti.

Konsep TABIK memenangi pingat EMAS dan geran penyelidikan (SDK0244-2020) dalam pertandingan PEREKA 2019 peringkat Universiti Malaysia Sabah bagi kategori akar umbi dengan objektif berikut:

  • Membantu komuniti mewujudkan pusat pelancongan budaya dan inovasi berasaskan muzik bambu dan tumbuhan tempatan.
  • Mewujudkan pusat pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan komuniti.
  • Mewujudkan pusat dokumentasi budaya dan inovasi.
  • Mewujudkan taman botani yang melambangkan identiti komuniti tempatan 

Peranan TABIK bukan sekadar untuk kepentingan komuniti Kundasang tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana ia akan menyediakan perkhidmatan ekosistem dan budaya termasuk nilai estetika yang berlatarkan gunung Kinabalu dan pemandangan hijau kebun sayuran dan bukit bukau; nilai ekosistem dengan  persekitaran yang bersih serta pewujudan Taman Mini Botani yang menyediakan pelbagai spesies tumbuhan asal dan diperkenalkan iaitu yang mempunyai pelbagai kegunaan kepada masyarakat tempatan, termasuk pelbagai spesies buluh yang sesuai sebagai bahan asas intrumen muzik. Sebagai sebuah pusat komuniti, latihan dan kursus juga akan disediakan dengan yuran yang berpatutan termasuk kursus membuat seruling dan asas dalam bermain seruling.

Nilai budaya yang akan dipulihara komuniti meliputi kumpulan muzik bambu Buluh Perindu itu sendiri. Kumpulan ini popular sebagai pejuang muzik tradisional berasaskan bambu malah telah melakukan inovasi alat muzik sesuai dengan gaya hidup terkini sebagai kugiran yang memulihara budaya seiring perkembangan masa. Antara perkhidmatan terkini adalah sewaan baju tradisi, menjual alat musik tradisi khususnya seruling bambu dan kraftangan serta perkhidmatan persembahan musik tradisi mengikut tempahan.

Sesuai dengan gagasan Naib Canselor UMS mengoptimumkan sumber, bakat yang ada pada belia dan beliawanis komuniti Kundasang, misalnya Khamarul Azman Kowasin (Payuki) yang telah memenangi banyak anugerah dan pingat di peringkat antarabangsa termasuk pingat emas dalam World Championship of Performing Arts di Hollywood pada tahun 2016 dan banyak lagi kemenangan lain hasil inovasi seruling bambu patut dikembangkan dan dipelihara serta diwariskan kepada lebih ramai anak muda. Begitu juga dengan kebolehan menyanyi dalam kalangan ahli kugiran itu seperti Hadzrah Hapsin dan Khairul Anuar Kowasin. Manakala ahli dalam kumpulan belia yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai hero komuniti kluster budaya adalah seperti Azrul Syahmie Kaimi yang bukan sahaja mempunyai ijazah dalam bidang muzik tetapi melibatkan diri secara langsung dalam memartabatkan muzik berasaskan bambu. Sebarang pertanyaan mengenai tempahan perkhidmatan boleh menghubungi pengurusnya saudara Payuki (https://web.facebook.com/khamarul.payukye).

Potensi TABIK sebagai pemulihara budaya diyakini ibubapa sebagai institusi yang bermanfaat apabila menghantar anak mereka seawal usia kurang 12 tahun mengikuti aktiviti kugiran ini. Maka dengan itu, UMS tampil memainkan peranannya membantu khususnya dari segi bimbingan dan bina upaya komuniti. Buat masa ini pembangunan TABIK berada di peringkat akhir fasa pertama iaitu pelaksanaan konsep dan pembangunan prasarana asas. TABIK dalam jangkasa masa panjang akan menjadi destinasi pelancongan pendidikan dan warisan berasaskan pemuiharaan budaya dan alam sekitar yang diurus oleh komuniti. Masa depannya sebagai pusat penyediaan perkhidmatan pelancongan adalah sangat cerah terutama apabila ia berada dalam lingkungan kawasan tapak warisan budaya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *